Rabu, Disember 02, 2009

Rindukan saat itu...


tetiba aku rasa aku rindu saat farah kecik dulu.. mcm sedih je tgk dia dah besar.. dah tak perlukan sgt ibu.. dah bleh berdikari.. mmg best tgk dia dah boleh berdikari sendiri.. tp rasa cam sedih gak bila kita nak tolong dia dah tak nak.. dia cakap "farah boleh buat sendiri.. farah kan dah besar.. farah dah jadi kakak" bila dia cakap cam tu aku terus jd sedih..

hmmm... smlm masa nak dinner ajak farah mkn skali..

ibu : farah meh mkn

farah : bukan farah la.. kakak..

ibu : ok, la... kakak meh makan..

farah : nnt la, kakak nak kemas mainan ni dulu.. kakak kan kena kemas, lps main kena kemas..

ibu : tak pe la, meh mkn dulu.. nnt kan farah nak main blk.. nnt ibu tolong farah kemas (aku still panggil dia farah w'pun dah byk kali dia suruh panggil dia kakak)

farah : kakak nak kemas sendiri, ibu tak payah tolong...

ibu : x pela, nnt ibu tolong farah kemas la, meh la kita mkn dulu..

farah : ibu mkn la dulu, kakak nak kemas sampai abih..


aku tunggu dia kemas lambat sgt, aku pun nak la tolong dia kemas.. siap dia marahkan aku jgn kacau dia kemas.. dia kata dia dah besar & bleh kemas sendiri.. aku suka sbb dia nak buat sendiri.. tp sedih sbb aku rasa cam dia dah jauh dr aku, cam dah tak perlukan aku.. skrang sejak dia ada adik, mmg sumer dia nak buat sendiri.. hmmm, tu baru kecik blom sekolah lg, nnt kalu dah sekolah, dah ada kwn ramai cemana ek?? lg satu, kalu dia dah besar, dah kawin.. lg la dia jauh dr aku.. cemana aku nak belajar terima keadaan tu ek.. aku tak leh nak bayang :(

farah & afiq

Selasa, November 24, 2009

Rezeki Anak-Anak

Hari ni bermula la rutin baru for my hubby.. dia dah keje kat tempat baru.. kat pj ni jugak.. lg senang la kitorg pi & blk keja sesama.. Tpt baru ni cam best sket, gaji yg dia offer pun best gak.. rezeki anak2.. dulu masa farah baru lahir, hubby di "offer" keje kat Ty*o KLC*.. skarang bila afiq lak lahir, hubby dpt lak keje kat I*S.. mmg rezeki anak2 ku la... rezeki aku la jgk tu ;).. bleh lbh sket kot nafkah blnn kan :)

p/s: Good Luck to My Hubby..

Rabu, November 04, 2009

Happy Birthday Farah!!

Anak ibu dah besar.. dah 4 thn.. thn dpn dah nak masuk tadika.. Ibu rasa cam baru je celebrate b'day farah yg ke-3.. tup tup ari ni farah dah 4 thn... Apa pun ibu harap Farah jadi anak yang solehah.. Semalam da pesan cup cakes utk farah.. ari ni dah dpt.. Bleh la farah mkn dgn kawan2 nnt.. Comel tak cuppies ni.. Ibu harap farah suka..

Selasa, Oktober 13, 2009

Sama tapi tak serupa ??

Ni gambar anak-anak aku.. sama coz anak-anak aku & hubby.. tp tak serupa kot.. ada la sket sama..


Farah (45 hari)
Afiq (35 Hari)

Isnin, Oktober 12, 2009

I'm Back..

Wah.. dah lama tinggalkan blog ni.. blog ni pun ikut aku berpantang gak 2 bln.. hehehe.. Ari ni 1st day aku keje blk setelah 2 bln bercuti.. Just nak post gambar new members dlm family aku..

1 jam lps melihat dunia..
20 Hari..
Aku tak leh nak pos citer banyak2.. banyak keje menanti da....

Selasa, Julai 28, 2009

"masa" itu hampir tiba...

uish.. tajuk entry aku kali ni cam seram sket.. mmg seram pun bg aku.. bukan apa skarang ni my pregnancy dah almost 37 wks.. takut woo bila pk2 blk.. tak lama lg la.. smlm pi weekly checkup.. skrang mmg kena weekly la coz dah lps 36 wks.. sumernye ok.. dr cakap baby ni besar sket dr kakak dia.. dgr je ayat tu buat aku tambah seram lg la.. takutnya nak tunggu sampai "masa" tu.. pas tu bila check aku nyer "pee" lak.. ada gula terlebih sket.. siap dr pesan minum air banyak sket ek.. mau gula tak terlebih.. satu hari semlm aku balun eskrem berapa kali... sblm jumpa dr tu pun aku baru je lps pekena eskrem 3 scoop mkn dgn roti susu.. pergh.. sedap...
aku dok berkira2 nak cuti awal sket.. may be next week la last aku keje sblm aku cuti panjang.. saja nak lepak2 kat umah.. buat la akt apa yg patut sblm aku nak berehat.. anyway, hope sumer doakan aku & bb selamat ek..

Rabu, Julai 01, 2009

BTN

aku nak kena gi BTN starting 2-6 Julai.. (esok la tu..) Dah lama tak ber"aktiviti" cam ni.. Tp kali ni ni aku pi pun bkn bleh nak ber"aktiviti" sgt.. Ye la perut tgh bulat berisi baby yg dah 8 bln ni.. Kalau perut tak de isi bleh la aku join blk akt KEMBARA tu.. terasa rindu lak nak ber"aktiviti" cam tu.. tambah plak baru je baca blog mr. jurai (sapa terror bleh cari muka aku kat celah2 gambar tu..hehehe..).. teringat cerita 12 thn dulu, cemana aku bleh terjebak dgn akt cam tu.. 12 thn tu.. lama gila, terasa dah tua sgt aku nih..

ok la, kalau aku rajin aku post citer aku pi BTN lps aku blk nnt ek..