Isnin, Ogos 23, 2010

Dilemma seorang isteri & ibu

cewah.. tajuk entry cam apa je kan..

bukan dilemma apa pun.. cuma dok nak kena pikiaq menu berbuka tiap2 ari.. menu tu plak kena ngam dgn perut hubby ku yg suka makan pedas & kena jgk ngam dgn perut puteri & putera ku yg tak mkn pedas.. dah tak tau nak masak apa dah... Ari ni dah ari ke 13.. stakat ni mmg aku masak je kat umah.. tak pernah lg beli lauk kat luar.. Ada 2 kali bukak posa kat luar.. tu pun puteri ku yg ngidam nak mkn KFC & Pizza.. Apa lg nak masak ek.. aku dah masak nasi daging, nasi ayam, nasi tomato, nasi lemak, dah buat kari, masak lemak, masak kurma, sambal tumis, sup & mcm2 lg la.. tak tau dah nak masak apa.. apa lg ek.. cuba korang bg idea sket

Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan to all.. Dah sehari posa baru nak wish.. apa la.. tp tak pe kan.. ada 29 hari lg.. Moga Ramadhan 1431 ni Ramadhan terbaik kita... amin..

Sesapa yang ada title isteri & ibu mesti dok pikiaq pasal menu berbuka kan.. mesti dah pk 2-3 hari lepas dah kan.. sama la cam aku.. So, apa menu korang ari ni.. As for my family, ni la menu ari ni :

Main : Nasi Daging + Air Asam Tomato + Sup Daging (anak2 aku kan tak leh nak makan air asam so kena buat sup la)

Kuih : Cucoq Jagung

Air : Teh O Panas

Letak pic sket,

Nasi Daging (dlm rice cooker lg)

Air Asam Tomato + Sup Daging + Cucoq Jagung 


Ni baru menu ari ni.. esok nak masak apa plak ek.. any suggestion?

ps : kalau korang tgk gambar tu di siang hari, ampunkan daku.. bukan niatku nak bg korang terliuq..

Selasa, Ogos 10, 2010

Ahh.. Takutnya

wah tajuk.. tapi mmg takut.. citernyer.. aku terperangkap sorang-sorang kat dlm lift smlm.. dkt sejam; 7.50pm to 8.50pm.. apa la.. abih maghrib aku.. patutla aku berat ati je nak pi kelas smlm.. stand by unit pun tak leh nak keluarkan aku.. kena tunggu kontraktor dtg.. apa la.. dah la dlm lift tu tak de no tepon kontraktor.. mmg saja nak bunuh org la cam tu..hubby aku suruh report kat mngt MMU je.. dia kata kalau terus report kat DOSH mau kena tutup satu building FCM tu coz tak lekat no tepon kat dlm lift & biarkan aku dok dlm lift lbh dr 20 minit.. Hubby aku mmg jaga maintenance building.. so, dia tau la sumer tu.. tp ok gak kalau report kat DOSH tak de kelas la aku.. yey..

tp aku tak la sekejam tu, mau report kat DOSH... aku rasa aku nak report kat mngt MMU je.. mana tau dia bg aku gantirugi.. dapat A+ utk sumer subjek ke ;)

Hmm.. jab lg aku nak pi report kat mngt.. di sbbkan aku terperangkap kat dlm lift smlm buatkan aku malas nak pi kelas pagi ni (ada kaitan ke??).. Ok, aku nak on mission pi serang management MMU jab.. chow

Isnin, Ogos 09, 2010

BIG One

Happy birthday 2U
Happy birthday 2U
Happy birthday to my lil prince
Happy birthday 2U

he's now turn 1, big 1
muahhh from ibu

ps: ibu bz la ari ni sayang.. tak sempat nak celebrate birthday afiq.. lgpun ibu ada kelas ari ni.. nak kena submit assigment.. sorry.. nnt ibu spend time dgn afiq ek..

Isnin, Ogos 02, 2010

UUM vs MMU



wah.. tajuk cam ape je kan..

bukan apa just nak citer sket hidup aku skarang... skarang aku dah jd student blk.. balik semula ke life aku 10 thn lepas.. tp mmg tak sama la.. dulu dok kat UUM bujang lg.. skarang aku jd student MMU tp dgn 2 anak..

walaupun aku jd full time student, tp kelas aku banyak mlm je.. sbb depa nak bg can kat part time student.. so, kiranya aku lbh kepada full time housewife dr jd full time student la kan..

jd student kali ni lbh mencabar, nak kena polish blk skill study aku, dah berkarat.. dah 10 thn kena tinggal. Apa pun wish me luck..

Ni je aku nak citer, lecturer kat dpn, ari ni tak de kelas, just present sketches utk projek.. tgh tunggu turn la ni, sempat lg bukak blogger ;)